Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022


KELAS: DIY (DO IT YOURSELF) MEMBUAT KALENDAR 2023

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2022

Kelas berkaitan DIY (Do It Yourself) Kalendar 2023...baca selanjutnya

PROGRAM EXPLORACE CELIK KDB (KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 4 Disember 2022

Aktiviti “Explorace” Klik Dengan Bijak (KDB) khas untuk pelajar-pelajar sekolah untuk memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

KELAS : TYPING ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 November 2022

Kelas berkaitan cara menaip menggunakan kaedah yang betul...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI: KLIK DENGAN BIJAK (KERJASAMA DENGAN PEDI TAMAN SENTOSA & PEDI TAMAN DESA PERMAI REPAH)

Aktiviti Terkini | 16 November 2022

Taklimat dan penerangan berkenaan dengan kesedaran Klik Dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tahun 4,5, dan 6. ...baca selanjutnya

PROGRAM CELIK USAHAWAN: KELAS MEMBUAT ROTI

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Sesi pengenalan mengenai bahan-bahan yang digunakan untuk membuat roti ...baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (MENGEDARKAN FLYERS KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Perkongsian mengenai suasana dan aktiviti di Hari Sukan Negara....baca selanjutnya

PROGRAM: PROGRAM CELIK KDB (KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 25 September 2022

Sesi tayangan video & taklimat ringkas berkaitan dengan Klik Dengan Bijak ...baca selanjutnya

LIVE: SEJARAH HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 11 September 2022

Perkongsian mengenai sejarah Hari Malaysia secara live di Facebook Page PEDi Kg Tenai...baca selanjutnya

VIDEO: MICROSOFT WORD (CARA MASUKKAN NOMBOR MUKA SURAT UNTUK SETIAP PAGE)

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2022

Perkongsian mengenai Cara Masukkan Nombor Muka Surat Untuk Setiap Pages di Microsoft Word...baca selanjutnya

PROGRAM KEM LESTARI ICT PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK (PKKK) DAERAH TAMPIN 2022 (SESI 2)

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2022

Slot Kahoot (Klik Dengan Bijak- Buli Siber & Terlebih Kongsi) ...baca selanjutnya

VIDEO : (CARA SEMAK AKAUN DAN NO TELEFON YANG TELAH DI LAPORKAN SEBAGAI SCAM)

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022

Perkongsian video kalini berkaitan cara menyemak akaun dan no telefon yang telah di laporkan sebagai scam....baca selanjutnya

PROGRAM KEM LESTARI ICT PASUKAN KEBAJIKAN KANAK-KANAK (PKKK) DAERAH TAMPIN 2022 (SESI 1)

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Slot Klik Dengan Bijak (Slok berkaitan dengan 2 topik utama iaitu Buli Siber & Terlebih Kongsi...baca selanjutnya

PROGRAM: (KURSUS PENGHASILAN KORDIAL)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2022

Perkongsian mengenai program kursus penghasilan kordial yang telah berlansung di Kolej Komuniti Tampin...baca selanjutnya

KELAS ICT: MEMBUAT POSTER (CANVA)

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2022

Kelas ICT berkaitan dengan Canva (Membuat Poster menggunakan Canva)...baca selanjutnya

LIVE: (ADAB – ADAB BERSAMA BERGURU)

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Perkongsian mengenai adab – adab bersama guru sempena Hari Guru 16 Mei 2022. ...baca selanjutnya

VIDEO: (CARA MUDAH SEDEKAH/INFAQ MENGGUNAKAN BANK ISLAM SECARA ONLINE)

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Perkongsian mengenai Cara Mudah Sedeqah / Infaq menggunakan Bank Islam secara online. ...baca selanjutnya

LIVE : (MENU POPULAR DI PAGI RAYA)

Aktiviti Terkini | 10 April 2022

Perkongsian mengenai MENU POPULAR DI PAGI RAYA...baca selanjutnya

KELAS ICT (KELAS ASAS MICROBIT)

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2022

Kelas dimulakan dengan Pengenalan Microbit (Apa itu Microbit/Aplikasi yang digunakan untuk Microbit) ...baca selanjutnya

LIVE: (MAKANAN MENARIK DI NEGERI SEMBILAN)

Aktiviti Terkini | 13 Mac 2022

Perkongsian mengenai Makanan Menarik di Negeri Sembilan...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK “OVERSHARING” & “SCAMMER”

Aktiviti Terkini | 13 Februari 2022

Perkongsian kali ini berkaitan dengan Klik Dengan Bijak (“Oversharing” & “Scammer”)...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: SLOT USAHAWAN: TIPS UNTUK “UPLOAD” PRODUK & “DECORATION” DI SHOPEE

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Perkongsian (Slot Usahawan) mengenai Tips untuk “upload” produk & “decoration” di Shopee...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: KLIK DENGAN BIJAK (PENGAWASAN IBUBAPA DI INTERNET)

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2022

Perkongsian mengenai Klik Dengan Bijak-Pengawasan Ibubapa di internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti