PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH MENENGAH DATO’ MOHD TAHA

Aktiviti terkini | 27 Februari 2019

Tempat Aktiviti:
SMK Dato' Mohd Taha, Gemencheh

Pengisian Program :
Taklimat Klik Dengan Bijak berkaitan:
1. Buli Siber- adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan.
2. “Oversharing”- Memberi pendedahan pelajar supaya tidak berkongsi maklumat peribadi di media social secara berlebihan.
3. “Sexting” – Memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan gejala-gejala “sexting” di kalangan pemangsa. Selain itu pendedahan dan kesedaran langkah keselamatan yang perlu dilakukan.

Kelebihan Aktiviti :
1. Dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan Pusat Internet.
2. Memberi pendedahan kepada pelajar supaya menggunakan komputer dan media social dengan betul.
3. Memberi peluang kepada komuniti menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

Tujuan Aktiviti :
Tujuan progam ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk:
1. Mengetahui dan mempelajari berkaitan dengan Klik Dengan Bijak
2. Mengenal pasti gejala-gejala yang perlu dielakkan di media sosial
3. Memberi pendedahan tentang penggunaan media sosial dengan betul

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :