LIVE: (MAKANAN MENARIK DI NEGERI SEMBILAN)

Aktiviti terkini |13 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tenai

Ringkasan Aktiviti :
• Makanan menarik yang terdapat di Negeri Sembilan. • Antaranya ialah daging salai, kuih apam johol, cendol sagu rumbia, ayam masak lemak cili api, masak lemak tempoyak daun kayu dan rendang maman.
• Beberapa video mengenai cara memasak di tunjukkan di dalam video ini.

Tujuan Aktiviti :
• Perkongsian melalui live di Facebook Page Pusat Internet Kg Tenai bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat luar tentang makanan yang menarik yang terdapat di Negeri Sembilan.
• Perkongsian ini boleh dimanfaatkan oleh pelancong yang ingin melancong ke Negeri Sembilan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 3.36 petang: Pengenalan: Makanan Menarik di Negeri Sembilan
• 4.00 petang: Perkongsian video cara membuat ayam masak lemak cili api.
• 4.30 petang: Perkongsian video dari rancangan televisyen Majalah 3 mengenai maman dan tradisi rendang Gemencheh.

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan pelancong yang ingin melancong ke Negeri Sembilan untuk merasai kelainan makanan yang ada disini.
• Memperkenalkan makanan menarik yang ada di Negeri Sembilan.
• Mempromosikan makanan dan usahawan yang berniaga makanan makanan yang menarik di Negeri Sembilan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :