KELAS : TYPING ONLINE

Aktiviti terkini |26 November 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Tenai (PEDi Kg Tenai)

Ringkasan Aktiviti :
• Teknik menaip menggunakan jari yang betul di Micrososft Word.
• Cara menaip yang betul juga di lakukan secara atas talian di laman web typing.com

Tujuan Aktiviti :
• Kelas menaip secara online di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Tenai ini di jalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anak anak komuniti disini berkaitan cara menaip dengan betul.
• Penerangan ringkas ini diharapkan dapat membantu anak anak komuniti sini menggunakan computer untuk menaip dengan cepat.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• 10.00 pagi: Pengenalan: Taklimat ringkas berkaitan kaedah menggunakan jari yang sepatutnya.
• 10.30 pagi: Peserta membuat latihan menaip secara online menggunakan jari yang sepatutnya di laman web typing.com
• 11.30 pagi: Pemilihan pemenang, penyampaian hadiah dan bersurai pada jam 12 tengahari.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang teknik mudah menaip dengan kaedah yang betul.
• Membantu anak anak komuniti di sini untuk belajar asas menaip dengan cepat dan tepat.
• Peserta dapat menguasai asas menaip dan kaedah menaip yang betul.

Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :