Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


E-LEARNING: QUIZIZZ/ PUZZLE ONLINE/ I-CHESS ONLINE

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Quizizz- Klik Dengan Bijak/Kata Nama Khas/Simpulan Bahaasa/Sifir...baca selanjutnya

KELAS ICT: CANVA (MIND MAP) & QUIZIZZ

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2023

Pengenalan mengenai cara menggunakan template canva...baca selanjutnya

PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIAL BIDANG KEMAHIRAN KOMPUTER- DIGITAL HAVOC

Aktiviti Terkini | 23 Julai 2023

Zumba Demonstrasi Digital Kolabrasi bersama Pusat Ekonomi Digital Kg. Tenai...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT POWER POINT

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Kelas ICT Microsoft Power Point...baca selanjutnya

PROGRAM REST OF DAY

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2023

Program Rest of Day...baca selanjutnya

PROGRAM FOOD EXPLORACE

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Program Food Explorace...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (ETIKA MEDIA SOSIAL- MAKLUMAT PALSU/TERLEBIH KONGSI & KEBEBASAN BERSUARA)

Aktiviti Terkini | 24 Mei 2023

Program Klik Dengan Bijak Program Anjuran: Mcmc Negeri Sembilan (Nsso)- Taklimat Kepada Penjawat Awam (Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sembilan)...baca selanjutnya

KELAS ICT: MEMBUAT POSTER (TABLET) >

Aktiviti Terkini | 13 Mei 2023

Program Kelas ICT: Membuat Poster (Tablet) ...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI RAYA/MAJLIS TAHLIL ARWAH

Aktiviti Terkini | 29 April 2023

Program Sambutan Hari Raya/Majlis Tahlil Arwah adalah salah satu inisiatif aktiviti yang diadakan untuk menyambut Hari Raya & bacaan doa selamat...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT EXCEL

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2023

Program ICT (Mirosoft Excel) khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk menggunakan Microsoft Excel....baca selanjutnya

KELAS ICT: MEMBUAT POSTER

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

Program ICT (Mirosoft Word) khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah untuk memberi pendedahan mengenai cara untuk membuat poster dengan mudah...baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROSOFT WORD (MODUL 1&2)

Aktiviti Terkini | 8 &21 Januari 2023

Program ICT (Mirosoft Word) khas untuk pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah untuk memberi pendedahan mengenai Microsoft Word...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti