Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Menurut catatan buku susunan Datuk Abdul Samad Idris, 'Negeri Sembilan dan Sejarahnya' Labu telah dibuka ketika era pemerintahan Datuk Undang Sungai Ujong Kelapan, Y.A.M Dato' Klana Petra Sri Jaya, Dato' Kelana Leha (1780-1800 masehi). Dato' Kelana Leha telah memberi kebenaran kepada Dato' Mangkun untuk membuka Labu. Beliau telah diberi gelaran "Dato' Bergajah Tunggal".

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Labu menjadi salah satu tempat yang menjadi markas tentera Jepun. Ini memandangkan terdapatnya landasan keretapi yang menjadi penghubung antara utara dan selatan. Terdapat banyak kubu di sekitar kawasan stesyen Labu. Walaubagaimanapun, dengan pembinaan landasan keretapi berkembar pada tahun 1995, kesan - kesan ini telah terhapus.

Labu juga pernah menjadi tempat mendaratnya helikopter yang membawa presiden Amerika Syarikat Lyndon B. Johnson sempena lawatan beliau ke Felda LBJ yang dinamakan sempena nama beliau juga dikenali dengan Labu Jaya.

Di sini juga terdapat peninggalan kampung baru Cina, peninggalan bekas darurat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM CUTI SEKOLAH: MEMBUAT POSTER/ MEMBUAT KAD/ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017

Salah satu tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya

PUZZLE & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Salah satu tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi waktu cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ MOHD TAHA, GEMENCHEH

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk membantu melahirkan generasi yang celik IT dengan menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna internet di Malaysia tentang kebaikan dan keburukan internet disamping langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya jenayah siber....baca selanjutnya

HARI PERASMIAN PI1M

Aktiviti Terkini | 09 September 2017

Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING BERSAMA MURID TABIKA KEMAS, KG TENAI

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2017

Program ini memberi pendedahan pembelajaran melalui kemudahan komputer yang disediakan dan teknik pembelajaran secara interaktif....baca selanjutnya

PROGRAM ZOOM A BERSAMA PELAJAR TAHUN 6

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Aktiviti yang dijalankan ialah Zoom A. Zoom A merupakan program pembelajaran secara interaktif melalui Internet. Program pembelajaran yang dirancang rapi, bersistematik, efisien, dan efektif ini adalah antara pembelajaran interaktif...baca selanjutnya

PROGRAM MEMBUAT KAD RAYA BERSAMA MURID TABIKA KEMAS, KAMPUNG TENAI, GEMENCHEH

Aktiviti Terkini | 16 Jun 2017

Tujuan utama program ini dijalankan untuk membantu perkembangan kognitif murid secara tidak langsung dapat mengekalkan tradisi membuat kad raya secara manual. Selain nilai istimewa dan budaya kad raya itu tidak terhakis walaupun masyarakat semakin beralih kepada ICT....baca selanjutnya

PROGRAM E-LEARNING BERSAMA MURID PRA-SEKOLAH (SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, GEMENCHEH)

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2017

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya internet di dalam pendidikan. Selain itu, memberikan peluang kepada murid Pra-Sekolah mengetahui mengenai teknologi dan internet sejak kecil lagi....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti