Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM: SLOT PERKONGSIAN: MEMARTABATKAN TULISAN JAWI (TEKNIK & KAEDAH SOFI)

Aktiviti Terkini | 12 Disember 2020

1. Temubual dengan salah seorang guru (Pendidikan Islam) Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Gemencheh.(Ustazah Supiyaton binti Mokti) ...baca selanjutnya

“OVERSHARING DAN PENIPUAN INTERNET” (“LIVE DI FACEBOOK”)

Aktiviti Terkini |15 November 2020

Memberi penerangan berkaitan dengan terlebih kongsi di media sosial....baca selanjutnya

KELAS MIKROBIT

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2020

Pelajar diberi peluang untuk mempelajari subjek Mikrobit...baca selanjutnya

REKACIPTA DARIPADA BAHAN TERPAKAI

Aktiviti Terkini | 13 September 2020

Memberi pendedahan kepada peserta untuk mencipta dan menguji tahap kreativiti masing-masing....baca selanjutnya

3D SKETCHUP (MEMBUAT KEYCHAIN)

Aktiviti Terkini |8 Ogos 2020

Untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk menggunakan & mengaplikasikan 3D SketchUp dengan mencipta sesuatu....baca selanjutnya

MEMBUAT ANIMASI MENGGUNAKAN POWER POINT AKTIVITI

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2020

Untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya dapat membuat video animasi ringkas menggunakan Power Point. ...baca selanjutnya

PENGENALAN BULI SIBER DI KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Aktiviti Terkini |28 Jun 2020

Apa Itu Buli Siber?...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

“INDOOR GAMES”

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2020

Menarik minat pelajar terutamanya kanak-kanak untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet....baca selanjutnya

PENGENALAN ASAS 3D SKETCHUP

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2020

Program ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengenal dan mengetahui fungsi setiap simbol/ciri yang ada dalam 3D SketchUp....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti