Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


SIARAN LANGSUNG: CANVA (FLYERS & LOGO)

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2021

Perkongsian mengenai tips mudah untuk edit Flyes & Logo untuk perniagaan...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PAKEJ REMAJA DAN PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 23 November 2021

Penerangan mengenai Pakej Remaja dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia iaitu Pakej Peranti Keluarga Malaysia membolehkan rakyat Malaysia memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih 4G dan Voice over Long-Term Evolution (VoLTE) secara percuma....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: “CHECK YOUR LABEL”

Aktiviti Terkini | 13 November 2021

Perkongsian mengenai salah satu topik di dalam Klik Dengan Bijak iaitu “Check Your Label”....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT TAMPIN (AKTIVITI: MENDAKI BUKIT TOK SAIH)

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2021) dilaksanakan merangkumi pelbagai aktiviti fizikal. Antara aktiviti fizikal yang dilaksanakan termasuklah berkuda, memancing, berkayak & berbasikal. Salah satunya ialah mendaki Bukit Tok Saih, Gemencheh yang melibatkan aktiviti bersama dengan komuniti setempat....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TIPS MENGGUNAKAN WHITEBOARD.FI

Aktiviti Terkini | 7 Oktober 2021

Perkongsian mengenai tips mudah menggunakan Whiteboard.fi salah satu platform yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran secara dalam talian....baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: CANVA: INSTAGRAM (“POST” & “STORIES”)

Aktiviti Terkini | 24 September 2021

Perkongsian mengenai salah satu applikasi/website yang boleh digunakan untuk membuat poster untuk Instagram (“Post” & “Stories”)..baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: PENDAFTARAN MAJIKAN DI KWSP

Aktiviti Terkini | 13 September 2021

Perkongsian mengenai pendaftaran majikan di KWSP. Penerangan mengenai Akta KWSP 1991 mewajibkan pekerja mendaftar sebagai ahli dan mencarum ke atas simpanan sendiri...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG: TIPS MEMBUAT VIDEO ANIMASI (RENDERFOREST)

Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2021

Perkongsian mengenai salah satu applikasi yang boleh digunakan untuk membuat Video Animasi dengan mudah iaitu Renderforest...baca selanjutnya

SIARAN LANGSUNG : FUTURE SKILLS FOR ALL (MICROBIT-PENGAJARAN 2)

Aktiviti Terkini | 3 Ogos 2021

Perkongsian mengenai Microbit merupakan salah satu pembelajaran yang ada di dalam laman web Future Skills For All. Antara perkongsian yang ada mengenai pengenalan/isi kandungan/tutorial Microbit....baca selanjutnya

LIVE: APA ITU HRDCORP?

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2021

Pengenalan HRDCORP.Laman Web HRDCORP. Cara Pendaftaran HRDCORP. Kursus-kursus yang ditawarkan di HRDCORP...baca selanjutnya

LIVE: KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2021

Aktiviti yang di jalankan FB Live & membincangkan mengenai isu: 1. Keganasan Siber 2. Keselamatan Komputer 3. Pengawasan Anak Dalam Talian...baca selanjutnya

TUTORIAL- WORDWALL

Aktiviti Terkini | 30 Mei 2021

Pengenalan mengenai aktiviti-aktiviti di website Wordwall...baca selanjutnya

LIVE: SLOT USAHAWAN- DROPSHIP TELEKUNG NEEDLEWORKS

Aktiviti Terkini | 9 April 2021

Penerangan mengenai kelebihan setiap produk telekung yang ditawarkan...baca selanjutnya

VIDEO- TUTORIAL MEMBUAT TEKA SILANG KATA

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2021

Tutorial untuk membuat teka silang kata secara “online” ...baca selanjutnya

PROGRAM: LIVE: TUTORIAL “RODA IMPIAN” DALAM KELAS ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2021

Pengenalan berkenaan berkenaan laman web yang digunakan untuk membuat tutorial “Roda Impian” ...baca selanjutnya

“BASIC COMPUTER”

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2021

Pengenalan berkenaan dengan peralatan komputer Antara peralatan yang ada: Power Supply Unit (PSU), Hard Disk Drive (HDD), Solid State Drive (SSD), Network Card dan lain-lain...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti