Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Ayer Gelugor Tenai dibuka sekitar 1900 iaitu 117 tahun yang lalu. Kampung yang diterokai oleh Kasih dan adiknya Serun. Sebelum ini, kampung ini adalah hutan, menandakan kawasan hutan kerana terdapat sumber air dan tanah yang subur mereka berdua telah meneroka tanah ini.

Kedua-dua beradik ini berasal daripada keluarga Fatimah yang berasal dari Gedok iaitu 5KM dari kampung ini. Dalam adat perpatih kaum wanita menjadi pewaris harta tanah pusaka dengan itu mereka berdua telah berusaha meneroka untuk penempatan baru.

Tuan Hj Ahmad bin Serun iaitu anak kepada allahyarham Serun menceritakan bahawa ayah dan bapa saudaranya telah berusaha menjadikan kawasan hutan ini kepada kawasan penempatan. Tuan Hj Ahmad, menceritakan nama kampung Ayer Gelugor diambil sempena daripada pokok asam gelugor yang ada di kawasan batu dan kolam taman rekreasi yang ada sekarang.

Pokok asam gelugor ini mempunyai buah yang lebat dan banyak jatuh ke dalam sungai. Begitu juga dengan nama Tenai, ianya diambil daripada pokok yang banyak di tepi-tepi sawah padi di kawasan kampung ini.

Empangan batu yang ada pada hari ini asalnya dibina oleh Kasih untuk mengalirkan air ke kawasan sawahnya. Pada ketika itu, ianya diperbuat daripada kayu dan empangan itu dikenali sebagai Empangan Pancang.

Allaryarham Serun semasa hayatnya merupakan Datuk Lembaga, Datuk Andaka serta merupakan Datuk Penghulu Kampung Ayer Gelugor. Kampung ini juga merupakan tempat persinggahan ke Gemas di mana pada masa itu penduduk terpaksa berjalan kaki satu destinasi ke satu destinasi di Tanah melayu sekitar 1920-an. Tempat persinggahan ini dikenali sebagai Perhentian Jering, di sini mereka akan berhenti memasak dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


AKTIVITI KRAF D.I.Y: JAM DINDING

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2019

Dengan adanya aktiviti ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan keyakinan diri melalui perbincangan yang dilakukan sewaktu aktiviti dijalankan. ...baca selanjutnya

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Program ini memberi peluang komuniti mengenai peranan Pusat Internet kepada komuniti melalui aktiviti yang dijalankan dapat memberi peluang kepada komuniti untuk mengeratkan hubungan antara komuniti dan Pusat Internet....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG SEKITAR KAMPUNG TENAI

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2019

Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai murni kepada komuniti yang menyertai aktiviti gotong royong...baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 29 September 2019

Program ini dapat mengeratkan hubungan antara komuniti dan Pusat Internet melalui program yang diadakan....baca selanjutnya

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

Program Kemerdekaan ini diadakan sempena meraikan Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos 2019....baca selanjutnya

PROGRAM INTERAKTIF KOMPUTER DI SK DR SULAIMAN, TAMPIN

Aktiviti Terkini | 19 & 26 Julai 2019

Program Kelas Asas Komputer merupakan salah satu aktiviti bagi memberikan pendedahan dan pengalaman ini bertujuan dalam menyediakan kemahiran asas penggunaan komputer....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI 1440H

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Program ini memberi peluang untuk merapatkan hubungan antara Pusat Internet dan komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM BACAAN YASSIN

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2019

Program ini memberi peluang untuk merapatkan hubungan antara Pusat Internet dan komuniti setempat dan memberi peluang untuk memperkenalkan fungsi Pusat Internet kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM DIY: MEMBUAT PENANDA BUKU

Aktiviti Terkini | 19 April 2019

Aktiviti ini dapat melatih pelajar untuk membuat penanda buku dan membentuk dan membantu untuk menyerlahkan bakat sedia ada....baca selanjutnya

KEM SANTAI BICARA ILMU

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2019

Slot Bersama Imam Muda Nazrul tentang tajuk “Dunia Sudah Berubah” yang mana zaman dari kecil berubah bila meningkat dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SEKOLAH MENENGAH DATO’ MOHD TAHA

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2019

Progam ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakan internet dengan sebaik mungkin...baca selanjutnya

KELAS ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2019

Aktiviti ini dimulakan dengan pembelajaran membuat surat rasmi mengunakan Microsoft Word, diikuti dengan tayangan video Klik Dengan Bijak. Pada akhir tanyangan video,kefahaman peserta diuji dengan Kuiz Kahoot Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti